Pages

Monday, March 12, 2012

NFC: Suami Shahrizat hadapi tuduhan CBT

National Feedlot Corporation executive chairperson Mohamad Salleh Ismail has claimed trial to two counts of criminal breach of trust (CBT) and two charges for violating the Companies Act 165. NFC boss claims trial to 4 charges

KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation.

Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini sebentar tadi.

AKAN MENYUSUL - Sinar Harian 13 Mac 2012

Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Semalam, Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini. Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah (CBT). Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu. Mohamed Salleh merupakan Pengerusi Eksekutifnya. Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. NFC  ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.


NFC dan keluarganya - Malaysia Kini 21 Nov 2011


NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar (atas, kanan) bernilai RM13.8 jut. Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara,... dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” katanya.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

Beliau juga pada sidang akhbar di lobi parlimen itu mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.



Sunday, March 11, 2012

Imam Perangai Buruk Di penjara setahun


Tahu kah anda siapa itu imam hoslan? Seorang imam yang baling kasut kepada hakim [tapi tak kena] dan dihukum penjara setahun serta merta [berkuatkuasa dua hari yang lepas]

Sejarah Hidup Hoslan bin Haji Hussain


1. Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. <-- Mula2 dia jadi mat rempit, then dia bergaul dengan rakan2 dari parti pembangkang [pas], dan selepas lama bergaul dan terpengaruh dengan rakan2 pas yang pergi haji dia pun berusaha kumpul duit dan pergi haji. Selepas menunaikan haji dia mengubah penampilan dia menjadi seseorang yang suka berserban dan berjubah.

2. Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain <-- Hoslan meminta untuk menjadi bilal atas idea bapa dia, sebab hoslan selalu melepak dalam masjid tersebut dan permohonan dia diterima. Selepas itu dia duduk di kuarters dan sering menjadi imam bagi menggantikan iman2 yang uzur. Hoslan juga berbangga sangat dengan jawatan tersebut.

3. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya. <-- Imam hoslan buka jubah tunjukkan baju bersih yang dia sedang pakai ketika itu kerana imam lain sedang berkhutbah mengenai larangan menyertai bersih. Dan disebabkan memaparkan baju bersih dalam masjid, imam hoslan ditahan polis. Polis pun menyiasat kegiatan nya.
Bukti keadilan Mahkamah 1 Malaysia

Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.

      Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.

          Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid.Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.

      Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.

         Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.

    Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.

Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.

     Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)

        Sebagimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu.Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka.

        Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal.

    Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L. Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin, membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk Fathul Amin.Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.

Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.

Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.

    Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.

Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at.

      Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.

Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008, seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat

    .Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi.Sebelum itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.

       Hoslan yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya. Maka pihak masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam Zakaria@Zubir.

     Imam Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid Ya'acob. Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam. Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.

     Penamatan jawatan Imam Hj Hoslan berlaku, apabila Hoslan sekali lagi bertindak menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang. Kali ini Hoslan tidak memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang, bersampin dan memakai songkok.Beberapa jemaah yang melihat Hoslan, ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan. Maka sekali lagi pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali.

     Dengan itu Hoslan juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di kuarters pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri PPRT di Jalan Chocrane.

     Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid, sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung wayar. Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah.

      Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.

     Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya. Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim. Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula. Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.

Buat pengetahuan umum. bapanya Hj Hussain jiga ditamatkan perkhidmatannya sebagai Imam Kariah kerana faktor usia. Ini memandangkan pihak JAWI mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya. Namun begitu pihak JAWI dan masjid, begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai kediaman yang tetap.

    Kami berharap, dengan pendedahan ini akan membuka mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku. Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya


Tahukah Anda.... Definisi "Perangai Buruk" Itu Adalah Imam Yang Membaling Selipar Berbanding Berbikini Oleh Wanita Melayu Islam... Kalau Dah Otak Fikir Lucah, Yang "Bogel" Pun Elok Dimata Depa... 

Imam baling kasut pada hakim dipenjara setahun - Metro 11 Mac 2012 dan Kosmo 11 Mac 2012
PUTRAJAYA, 8 Mac: Imam Haji Hoslan Hussin yang membaling kasut kepada barisan hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dijangka akan dibawa ke penjara Kajang.

Beliau kini di tempatkan di lokap Balai Polis Putrajaya, kata isterinya.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruh mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.
Hoslan minta maaf

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Menurut isterinya, sepanjang setahun ketiadaan suaminya, beliau terpaksa menyara tujuh orang anak yang sedang membesar.

Monday, March 5, 2012

Nokia C7 symbian belle hacked signed version

Succesfully update my Nokia C7 firmware RM-675_111.030.0607 (hacked) to RM-675_111.030.0609 (original) but something I missed a lot! I can't install signed application anymore and there is no RM-675_111.030.0609 hacked version. But, I found the best way to get back your hacked RM-675_111.030.0609. How to do it?
You still need a phoneix to help you, by the way.
First of all, there is several file that you must have to upgrade symbian belle RM-675_111.030.0609. You can get it all at
http://mytopfiles.com/other/file/RM-675_111-030-0609_U06-01_79u-uda/551498.htm
or at
http://btusers.com.ar/nan/nokia/releases.php?id=1945705&rid=6879577064&pid=3232740415&firm=111.30.609

if you first time to use this, install phoenix first and go to tools-data packege download. Why? because you don't know what kind of your phone type. In my case, my phone is

059B8K3: apac1_malaysia_charcoal_black


what file to download? it's must something like this!
RM675_059B8K3_111.030.0609_021.dcp
RM675_059B8K3_111.030.0609_021.vpl
RM675_059B8K3_111.030.0609_021_signature.bin
RM-675_111.030.0609_17.01_APAC1_79u_prd.rofs2.fpsx
RM-675_111.030.0609_C02.01_SEAP_79u_prd.rofs3.fpsx
RM-675_111.030.0609_79u_prd.core.fpsx

and leave "RM-675_111.030.0607_U01.01_79u.uda.fpsx" unchecked, because you will wasting your time to download this. You must replace this to other old one.
Try find out where is "RM-675_111.030.0607_U01.01_79u.uda hacked UDA" by asking mr google. It size is 157MB.
You will lucky if you find it because most of download website that supply this software such as mediafire was deleted or banned.

After download your package, transfer all file to (I am using windows 7)
C:\ProgramData\Nokia\Packages\Products\rm-675

Open phoenix and you can refurbish your Nokia C7 now wheter USB mode or dead phone mode. In my case, I was using dead phone by shut down my Nokia C7. It is easy. It takes 5 minute.

Why I like hacked version? because I love garmin and I can Install garmin version 6. Garmin version 5 have a trouble on keypad. Seems not fully support touch screen and version 6 is the solution.
I also can install many signed sis games and application. Note that, this is just for education purpose only and not for commercial.

Since this is a leaked and unhacked version of Symbian Belle for Nokia C7, it would only work onNokia C7. It could void your phone's warranty. Once upgraded to Symbian Belle, there is no way out to downgrade to Symbian Anna for Nokia C7. However, when the official version of Belle would arrive forNokia C7, you'll be able to flash that via Phoenix on your device. We would recommend to wait for the official release, if you are so much curious to get Belle on your C7, you can try it at your own Risk.

Top 5 ranking Facebook application for Nokia

Top 5 ranking Facebook software for Nokia. Everybody knows about Nimbuzz, ebuddy and fring. They are also fb touch, mchat, nokia social, fmobi and the other software. Which one the best and top ranking facebook appplication for nokia symbian 3, belle and anna? This is a list for you... and be the one who will install it. I tried it all and I give it a personal ranking based on my Nokia 701 via wifi and simcard celcom broadband connection 3.8 mbps.

Number 5 Facebook for Nokia


Facebook

Facebook for Symbian s60 allows you to comment on posts of your friends, confirm or deny friend requests. You can update your status, see what your friends are doing, upload photos, check messages and search phone numbers when you need them anytime, anywhere.

With this Facebook application, you can:
* Publish status updates
* See notifications
* See newsfeeds
* Comment on the status of friend
* Search for Friends
* View and write on walls
* View Photos
* Poke friends
* See events and groups
Contra: No chat, small photo and album.
Download: http://store.ovi.com/content/238066



Number 4 Facebook for Nokia


Nokia Social
Socially is the fastest social networking app for your Nokia handset, allowing full access to Facebook, Twitter, LinkedIn & Foursquare. Also, it now comes with Imsy, a great free messaging app for your Nokia phone. Now you can post to multiple social networks at one go, sync friend's profile photos with Phone Contacts; add Facebook Birthdays to Phone Calendar; receive social updates as Push Notifications and much more. And also tweet, reply, comment, search, check-in and everything else!
Contra: Too Slow loading, No auto refresh, No chat, small photo and album.
Download: http://store.ovi.com/content/22906

Number 3 Facebook for Nokia

Chat For Facebook PRO
Chat with your Facebook Pro. The only application to chat on Facebook for Mobile Phones That will allow you to connect no matter which Carrier you are using .
Chat for Facebook PRO also shows you all your Friends profile Pictures , Sound Notification and Vibrate . and it is even Faster then when you chat on your PC .
Contra: Too slow loading, hard to login, small photo and album.


Number 2 Facebook for Nokia


fmobi

fMobi – Facebook client for Nokia Phones
News feed, Chat, Profile, User info, Messages, Check In / Places, Sound notifications, Vibration notifications, Top Friends, Search, Multiple settings, Photo Upload. Groups, Pages, Events, Commenting / Liking. View comments / likes, Albums / Photos, Notifications, Landscape / Portrait, Black / White theme, Little introduction, In main window you can select from functionalities.
When in some function, you have toolbar on your left where you can quickly move to another functions.
Almost in all functions you can go to user’s wall by clicking the profile image of the user.
Quickly like or show likes of a comment by pressing the comment. If you like to comment user’s status, just click on the status to get more access to it.

Contra: small photo and album and need some software to install and it make it hard to install on symbian 3 and anna.
Download: http://store.ovi.com/content/167633


Number 1 (winner) Facebook for Nokia


It is fascinate!
facinate is a facebook client for Nokia phones. Yeah, we know there are plenty already but we think facinate is really unique and here’s why: Free! Seriously - no trial versions, no limited functionality – just free. Now and forever ever! I thought it really wouldn’t be fair if we left anybody out so we can use facinate with the legendary Nokia 5800 or on the hippest Nokia 700. Nobody is left out! facinate has a really unique user experience as pages are not only scrollable vertically but also horizontally swipable. It’s so sweet, fast and useful that you’d wish all apps had such navigation in. CHAT. seriously? why, 24 / 7. oh my God, so cool. c u there. Home screen – and a really good looking one! Notifications on our home screen! Important stuff, like your friend’s birthday or notifications should get extra visibility. With facinate you’ll never miss out on anything even if you don’t have the app running in the background! And of course, we can also update our status, upload photos, create albums, browse newsfeed, search, comment, like, checkin, events and whatnot. Check it out – and if there’s anything missing just let us know on facinate’s facebook page.
download here: http://store.ovi.com/content/230063
contra: perfect! I guess but only for touch screen nokia

Saturday, March 3, 2012

Gempar!! Ustaz Dipenjara Kerana Membunuh


Ustaz dipenjara 15 tahun sebabkan kematian = 29/02/2012 Berita Harian dan Utusan Malaysia, akhbar haram dibaca PAS. Ahli PAS yang baca status ini otometik dapat dosa menurut Dr Haron Din.

Gempar!! Ustaz Dipenjara Kerana Membunuh

Seorang guru agama dan sukarelawan di Rumah Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang penghuni rumah kebajikan itu, empat tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman berkuatkuasa hari ini selepas berpuas hati bahawa pembelaan Mohd. Shuhaidi Mohamad, 30, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Megat Mohd. Amirul Adha Sobri, 23, di Perkid yang beralamat di No: 9, Jalan Sentosa, Batu 14, Hulu Langat, kira-kira pukul 11 pagi pada 26 Jun 2008.
Ia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda.


Facebook Ustaz Mohd Suhaidi di https://www.facebook.com/profile.php?id=100001252815072



Semoga Alllah memberi kesabaran dan kekuatan kepada anak buah Ustaz Hayat Tarekat Naqshahbandi yang telah diisytiharkan sesat di Malaysia, atas ujian dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh. Doakan beliau, isteri dan anak yang masih memerlukannya di sisi. Satu Malaysia kita doa dan solat hajat. Insya Allah..