Pages

Friday, January 13, 2012

SBPA Berat Nanang - Tanda Kerajaan Komunisme

1. Isu SBPA masih menjadi tanda tanya. SBPA bukanlah skim kenaikan gaji tetapi pelarasan gaji sebagaimana SSM tetapi kenapa masih ada jurang yang besar? Mari baca betul-betul.

a. Ada yang cakap, ia menjurangkan perbezaan besar antara pegawai atasan dengan pegawai bawahan.

b. Ada yang cakap, menindas golongan lulusan PMR.

c. Ada yang cakap, skim gaji suatu pangkat yang baru tidak dapat membayar gaji pangkatnya yang lama (malah makin turun gaji).

d. Skim SBPA ala-ala komunis. Tidak membela nasib orang yang bergaji rendah tetapi bergaji tinggi terus menjadi tinggi.

e. Cuepacs memandang isu ini sebagai isu berat nanang dan perlu dikaji semula!

f. SBPA dipandang sebagai pelancaran tergesa-gesa bagi menghadapi pilihanraya.

g. Bersedialah kenaikan harga barang selepas SBPA dilancarkan. Dijangka roti canai akan menjadi RM1.00 seluruh negara, teh tarik RM2.00. Minyak petrol RON 95 pula dijangka akan menerima kenaikan antara RM0.15-RM0.99 tahun ini (2012). Kenaikan harga barang dan makanan dijangka antara 7% hingga 98%.

h. Kesan SBPA akan menyebabkan pekerja sektor swasta dan peniaga serta petani akan tersepit dengan masalah pengurusan hidup!

2. Kenaikan yang digembar gemburkan antara 29% - 98% tetapi ada yang mengadu hanya menerima kenaikan RM60 sahaja. Ini kerana pekerja sektor awam (pangkat bawahan) yang terlibat dengan kenaikan kecil kerana termaktub dalam kenaikan 7% - 13%. Kesan perbezaan jurang ini mewujudkan satu masalah iaitu:

a. Masalah ini hanya berlaku untuk sesetengah pegawai bawahan yang bergaji di bawah RM 2000.00, sama kes dengan skim SSM 2007 zaman paklah, walaupun lebih baik dari zaman pak lah yang mana ada yang menerima kenaikan RM 00.50 (50 sen) sahaja.

b. Pegawai atasan ada yang menerima maksimum lebih kurang RM 2000.00 kenaikan dan minimum RM 300.00

c. Pegawai Bawahan pula maksimum lebih kurang RM 400.00 dan minimum RM 2.00

d. Dikelirukan lagi kenaikan 'T' sedangkan 'T' memang tiap-tiap tahun naik.

e. Guru DG44/DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu daripada RM2,982.99 kepada RM2,985 selepas menukar daripada SSM kepada SBPA. Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan gaji guru DG54/DG1-6 sebanyak RM1,857.46 (bersamaan 35.94%), daripada RM5,167.64 kepada RM7,025.00.

Akhirnya bahagian gaji terpaksa bertemu dengan semua sektor khidmat awam ini dan memberitahu:

a. Ini bukan kenaikan gaji, ini pelarasan gaji.

b. Kamu jangan mencabar, keputusan dari kerajaan. Sebijak mana pun kamu dalam kira-kira kewangan, kamu jangan merungut! Jaga periuk nasi masing-masing! (Wah.. ini kuku besi!)

Kesimpulan
bagi saya, lebih baik kerajaan bagi subsidi untuk turunkan semua harga barang berbanding buat pelarasan gaji yang tak munasabah ini. Kasihan golongan pendalaman, peniaga kecilan dan petani. Mereka akan menjadi mangsa hasil dari keterujaan sbpa ini. Ada yang sambut baik sbpa sebab gaji bersih mereka kecil. Tapi bagi saya, gaji sektor awam semuanya besar, malah yang lulusan spm pun boleh terima gaji lebih rm2000 sebulan. Ada juga yang lulusan pmr (orang lama) bakal terima gaji RM3k hingga RM4k. Malangnya, bila lihat slip gaji yang sebelah kanan, baki beberapa ratus sahaja (siap ada kembaran A lagi). Ini kerana terlalu boros, atau pekerja sektor awam ini golongan peminjam tegar.

Ini bukan salah golongan pendalaman, peniaga kecilan dan petani! Ayuh, batalkan SBPA sebelum rakyat merana. Seruan ini bukan kepada pegawai tertinggi kerana mereka mendapat kenaikan RM1000 hingga RM2000 atau bagi peminjam tegar yang bergaji bersih kurang RM300, sudah pasti mereka tidak menolaknya! .



Berita dari CUEPACS

SBPA akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia. Pekeliling rasmi mengenainya dikeluarkan pada 7 Disember lalu.

“Ini kali pertama dalam sejarah, saya sudah berkhidmata selama... ini kali pertama dilaksanakan tanpa hak perundingan, tiada maklumat terperinci,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pendirian kekesalan mereka, Omar berkata, pihaknya hairan kerana kerajaan mengetepikan peranan Cuepacs dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami amat kesal mengapa ia berlaku sekarang, apabila hendak melaksanakan SBPA. Dulu ketika hendak melaksanakan opsyen berkaitan berpindah dari skim KWSP kepada skim pencen, Cuepacs diajak berunding.

“Begitu juga ketika memansuhkan sistem penilaian PTK dan digantikan dengan Prospek, kami diajak berbincang tetapi sekarang tidak, maklumat disembunyikan, tidak diajak berbincang dan dikatakan sulit. Kami amat kesal,” katanya lagi.

Kata Omar lagi, Cuepacs merasakan tidak wujud ketelusan dalam pelaksanaan SBPA.


Berita Harian 12 Jan 2010


KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.


Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.


"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.


Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.


Katanya semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).


Najib berkata semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Jan tahun ini.


Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.


"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.


Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Dis lepas.


Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.


Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

1 ulasan:

  1. jangan komen teruk sgt..kan dah berdosa!!kita lihat dulu..jgn pakai TERJAH aje..cakap tu biar berlapik..

    ReplyDelete