Khalid, Ketua Pas kawasan Shah Alam dan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat berkata, "Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej Umno-BN untuk mempengaruhi ahli Pas dan rakyat jelata. Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak, maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyah dan sebagainya".
"Itu jelas satu pembohongan. Dia (Hasan Mohd Ali) dipecat kerana sikap dirinya sendiri". "Sikapnya (Hasan Mohd Ali) yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej Umno-BN untuk mempengaruhi ahli Pas dan rakyat jelata".
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.
Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan Umno dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.
Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.
Parasit PAS yang sebenar ialah Hasan Mohd Ali
"Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.
"Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, ALLAH sayangkan Pas dan memberi Pas kemampuan untuk ‘nyahparasit’ dan inilah yang telah berlaku," katanya.
Siapa sebenar Parasit Gerakan? Itulah Hasan Mohd Ali
Dari sini dapatlah difahami secara kasar bahawa PARASITE ialah mereka yang suka bergantung hidup dari kesusahan dan kesenangan orang lain. Apabila diberi pertolongan kepadanya, hak dan harta orang lain didakwa kepunyaannya dan dia kata dia juga berhak mendapat faraid daripadanya.Dia tidak sedar bahawa dia dahulunya tidak punya apa-apa, saperti sampah di tepi jalan. Orang pun tak mahu memandang kepadanya. Dasar Parasite tak sedarkan diri. Diberi betis hendak paha. Diberinya paha, dengan tubuh-tubuh hendak dipeluknya. Mengaku kepunyaan dia pulak tu. Muka tak tahu malu si PARASITE ini.
Dalam Bahasa Malaysia, parasite bermaksud sifat hipokrit iaitu :
Orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya. Al-Quran menggelarkan mereka ini sebagai munafik.
Kalimat munafik di dalam al-Qur'an kesemua 29 ayat al-Qur'an yang membawa perkataan munafik saperti :
1. PARASITE PUTAR ALAM ?
Allah S.W.T. berfirman :
وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالا لاتَّبَعْنَاكُمْ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلإيمَانِ يَقُولُونَ بِأَفْواهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ
Yang bermaksud :
167. Dan juga Dengan tujuan ia hendak melahirkan Dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". mereka menjawab: "Kalaulah Kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah Kami mengikut kamu (turut berperang)". mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. mereka selalu menyebut Dengan mulutnya apa Yang tidak ada Dalam hatinya. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan apa Yang mereka sembunyikan. (AL-IMRAN:167)
Golongan Parasite jenis ini seringkali memberi alasan dan menyalahkan pihak pimpinan jamaah kerana tidak memperjelaskan tujuan dan matlamat perjuangan kepada ahli-ahlinya. Mereka kata maklumat tidak jelas dan kabur. Mereka menuduh sistem pengurusan jamaah tidak efisyen dan dikuasai oleh mereka yang berkepentingan. Keputusan syura jamaah tidak semua wajib dipatuhi. Parasite jenis ini sering kali berlagak warak (smart dan licik) dan suka mendabik dada bahawa mereka juga telah banyak berkorban untuk kepentingan jamaah dan juga kepada masa depan Umat Islam.
2. PARASITE YANG ANTI ISLAM ?
Allah berfirman :
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا
Yang bermaksud :
61. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.(AN-NISA’:61)
Parasite jenis ini selalunya memberi alasan tidak cukup persiapan dan kekuatan untuk melaksanakan hukum-hukum Allah (saperti HUDUD). Mereka lebih berasa selesa dengan undang-undang ciptaan manusia. Wajah mereka menjadi merah padam apabila disuruh menyokong perlaksanaan hukum Allah. Mereka mencanang seluruh kampong bahawa mereka yang hendak menegakkan hukum Allah tersebut masih jahil tentang aspek perundangan sivil dan selok-belok sistem pemerintahan ala demokrasi. Kononnya merekalah yang berhak dan yang lebih memahami cara yang terbaik untuk melaksanakan Undang-Undang Islam di Malaysia bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan terhadap manusia dan rakyat jelata. Parasite jenis ini kadang-kadang terdiri daripada mereka yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan para-para hakim dan peguam dan para ilmuan menara gading yang bergelar doktor fasafah dan juga bertaraf professor!
3. YANG MENYOKONG PARASITE ADALAH PELESIT ?
Firman Allah S.W.T. :
فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلا
Yang bermaksud :
88. Maka apakah Yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke Dalam kekufuran) disebabkan apa Yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang Yang telah disesatkan oleh Allah? padahal sesiapa Yang telah disesatkan oleh Allah, maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.(AN-NISA’:88)
JANGAN MENYOKONG DAN BERSEKONGKOL DENGAN PARASITE ?
Sepatutnya orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya tidak sepatutnya menyokong atau bersekongkol dengan parasite ini kerana apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah semata-mata untuk memenuhi kepentingan hawa nafsu. Mungkin mereka yang menyokong parasite itu beranggapan bahawa mereka juga berniat baik untuk memperbaiki kelemahan jamaah atau memberi petunjuk ke jalan yang benar kepada ahli-ahli jamaah. Hakikat sebenarnya mereka tidak sedar bahawa mereka telah disesatkan oleh Allah kerana melanggar baiah dan tidak mahu patuh kepada arahan jamaah. Mereka sebenarnya lebih condong kepada mereka yang menentang perjuangan Islam yang syumul. Mereka telah jelas tergelincir dari landasan Sirathalmustaqim (jalan yang lurus). Hanya Allah yang dapat menyelamatkan mereka. Itupun kalau mereka ingin kembali bertaubat dengan taubatan nasuha. Na’uzubilLah..!
4. HADIAH ISTEMEWA DISEDIAKAN UNTUK PARASITE ?
Allah berfirman :
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Yang bermaksud :
138. Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa Sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa Yang tidak terperi sakitnya; (AN-NISA:138)
Tidak mengapalah. Biarkan para parasite itu bermaharajalela membuat press statement dengan media. Biarkan mereka galak buat seketika. Sesungguhnya Allah menempelak mereka dengan habuan azab siksa yang tidak terperi sakitnya pada hari akhirat nanti. Na’uzubilLah…!
SIAPA SEBENARNYA PARASITE GERAKAN ?
JAUHI GOLONGAN PARASIT…!
JANGAN HADIR KE MAJLIS PARASIT..?
Allah S.W.T. melarang Umat Islam yang benar-benar beriman kepada Hari Akhirat serta ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya mendekati gulongan MUNAFIK ini. Jangan sekali-kali berada dalam majlis anjuran mereka, sehingga mereka kembali membicarakan yang ma’aruf dan betul-betul insaf dan berbuat serta berjanji akan mencegah mungkar. Kadang-kadang tanpa kita sedari ( disangkakan berniat baik ), namun kita membelakangi Saf Kepimpinan ( Keputusan Syura ) kerana menyokong dan turut serta berada di dalam majlis-majlis anjuran mereka.
BANYAK YANG SIMPATI ( MENYOKONG ) KERANA FAKTOR KEKELUARGAAN DAN TERMAKAN BUDI PARASIT..?
Mungkin benar, agak susah juga bagi kita yang selama ini terlalu baik atau termakan budi mereka ( kerana tidak tahu mereka itu munafik ). Tambahan pula jika ada hubungan saudara-mara atau waris dengan keluarga mereka. Maklumlah mereka juga sama-sama iltizam ( komit ) dengan program anjuran jamaah sebelum ini. Malah dilihat sebagai paling istiqamah dengan jamaah.
Sifat tawadhuk ( yang dilakunkan itu ) susah untuk disedari atau dikesan oleh mata kasar. Mungkin yang diberi taufik dan ‘ilmu laduni oleh Allah S.W.T. sahaja yang dapat merasai ( secara ‘ainul basiirah-pandangan mata hati/firasat ) kehadiran mereka itu sebagai palsu dan berniat jahat ( secara tersembunyi ). Sepintas lalu mereka nampaknya baik dan nampak mendokong ‘amal ma’aruf secara pandangan mata zahir. Namun pada hakikatnya, mereka sebenarnya yang meruntuhkan ‘amal ma’aruf dan menolong menegak dan memperkembangkan nahi mungkar di kalangan Umat Islam. Mereka itu adalah orang-orang yang fasik. Na’uzubillahi Min Zaalik…!
Hakikat inilah yang didedahkan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quranul Karim, Surah At-Taubah : ayat 67 :
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Yang bermaksud :
67. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang daripada melakukan perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik.
PARASIT MEMANG PAKAR DAN LICIK BERLAKUN..?
Dalam banyak hal dan keadaan, gulongan PARASIT ini memang penyabar orangnya. Dia mampu bersabar menunggu misinya berhasil walaupun dalam jangka masa yang agak lama. Dia bersedia untuk tunduk kepada arahan pimpinan jamaah serta bersifat tawadhuk dan lemah lembut di dalam majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh jamaah. Malah turut (infaq) mengeluarkan derma untuk menjayakannya. Perkataannya, tutur-katanya, cara pemakaiannya, tata-susilanya semasa berhadapan dengan pimpinan serta cara mereka melayan pengikut-pengikutnya seharian.
Mungkin faktor-faktor di atas yang menyebabkan ramai pihak yang bertambah keliru dan merasa ajaib dan kemungkinan susah untuk menerima hakikat bahawa PARASIT itu di pihak yang salah dan kerana mereka juga kelihatan bersungguh untuk memperbaiki keadaan dan menyatakan sayang kepada jamaah yang disertainya sekian lama.
PETUNJUK DARI ALLAH SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN SIAPA PARASIT YANG SEBENARNYA.
Perkara yang sama juga berlaku di zaman Nabi S.A.W. dimana ramai di kalangan para sahabat yang terpegun melihat watak, kesabaran dan penampilan puak munafik ini. Ramai yang terpengaruh dengan ucapan dan tipu daya mereka sehingganya Allah S.W.T. mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya sepertimana Firman-Nya di dalam al-Quran Surah Al-Munafiqun : ayat 1-8 :
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ (١) اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (٢) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَفْقَهُونَ (٣) وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (٤) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُءُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ (٥) سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (٦) هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَفْقَهُونَ (٧) يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأعَزُّ مِنْهَا الأذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ
Yang bermaksud :
1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
2. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa Yang mereka telah kerjakan.
3. (perbuatan buruk) Yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka Dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan Yang mana salah).
4. Dan apabila Engkau melihat mereka, Engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu Yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan Yang dikehendaki). mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa Dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah Yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. mereka itulah musuh Yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah Engkau terhadap mereka. semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
5. Dan apabila dikatakan kepada mereka: " marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan Engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
6. (tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada Engkau meminta ampun untuk mereka atau Engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik.
7. Merekalah Yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah Yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang Yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak memahami (hakikat Yang sebenarnya).
8. Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

0 ulasan:
Post a Comment